The Disclaimer ![]() Hye peeps. The name's wawa. sweet pretty 17 this year. Yeah wild , young and free. im now finding the right path for my life . Reading my blog is a huge mistake guys.So keep it secret (: Le' Rules ![]() ![]() ![]() Leave your footprints :) le' awesome friends :) ![]() Friendship is like a precious flower. Ready to bloom every hour. it may stop growing or keep on flowering but one thing for sure , you'll still have it forever :) Put your hands up people ! ![]() Template: Intan Aqilah Basecodes: Yaya Edited By: Wawa and Naneysya Others: ♥♥
| aku . bercita cita menjadi orang yang lebih baik .
Salahkah aku ? salahkah aku untuk berubah ? berubah untuk menjadi yang lebih baik. Aku tak mahu jadi najwa yang dulu . Najwa yang sanggup tidur lewat malam semata mata hendak ber OTP dengan yang bukan mahram . aku yang dahulunya suka berbalas balas surat cinta kepada 'bakal suami lah konon'.hahh sekarang ramai ingat aku berubah sebab sekarang aku dah sekolah agama . Kenapa sekolah agama yang kau nak persoalkan ? kenapa kau tak pernah fikir yang perubahan aku yang kecil ini atas dasar kehendak aku sendiri ? Ya , aku bukan seorang muslimah yang sejati . tidak terbuka lagi ruang di hati aku untuk memakai niqab , tudung labuh dan stokin bila keluar rumah . tapi kau tahu ? aku kini sedang belajar . Mendalami Agama Islam yang telah ibu dan ayahku ajari sejak aku lahir lagi .Kau boleh kata aku kolot , kau boleh gelar aku 'old - fashioned' . kau boleh gelar aku ' perempuan tak laku ' kerana aku tidak mmpunyai kekasih hati seperti kau semua . ya memang . Kerana cinta aku hanya kepada Allah dan aku hanya akan mencintai lelaki yang melabuhkan cintanya pada Allah . ' SEKOLAH AGAMA TAPI .....' tapi apa ? sedarlah , tiada seorang manusia pun yang sempurna . masing masing ada kelemahan . Begitu juga aku . Begitu juga engkau .Istiqamah . Berubah secara perlahan perlahan . Dulu kau tidak bertudung dan pakai skirt , esok kau pakai seluar tetapi masih belum bertudung , lusa kau mula memakai pakaian yang longgar dan menutup rambutmu . Tulat , kau menutup seluruh anggota badanmu kecuali muka dan tapak tangan . Insyaallah , semua orang diberi peluang untuk bertaubat dan melakukan perubahan . begitu juga dengan aku . Begitu jugalah dengan engkau.Aku tidak mahu menjadi orang yang mementingkan diri sendiri . Aku tidak mahu melangkah ke syurga seorang diri . Insyaallah , dengan segala kudrat yang ada , akan aku berusaha untuk memimpin rakan rakanku yang lain agar mereka berhenti melakukan perkara mungkar . aku pernah cuba , sekali . dengan cara yang baik . tetapi tidak mengapalah , mungkin mereka masih terkejut . terpulang kepada mereka . Aku hanya menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang rakan yang menyayangi rakan rakan aku . AYUHLAH KITA MELANGKAH KE SYURGA BERSAMA SAMA.Ada hikmah mengapa Allah memisahkan aku dengan rakan rakanku yang lain . Kini aku mengerti , kini aku sudah punyai tanggungjawab untuk berkongsi segala pengetahuan yang aku dapat bersama mereka . Terima kasih , Allah . Alhamdulillah .
JANGANLAH KAU MEMANDANG RENDAH TERHADAPKU KERANA DULU AKU SEORANG YANG KUAT MELANGGAR PERINTAH ALLAH . AKU HANYA INGINKAN PERUBAHAN . PERUBAHAN YANG AKAN MEMBAWA KEBAHAGIAAN KEPADA DIRIKU DAN JUGA ORANG ORANG YANG AKU SAYANG .
Assalamualaikum .![]() |